Blog

May 14
web_hosting

Tips | 5 faktor untuk mencari hosting yang sesuai untuk website

Assalamualaikum , 

Hari ini aku nak bercerita tentang hosting. Hosting ini diibaratkan rumah untuk menyimpan data atau file website. Kebanyakkan pengguna website kecewa dengan penyedia hosting yang ambil mudah terhadap pelanggan dan mengakibatkan data pelanggan hilang bergitu sahaja. Terdapat beberapa jenis hosting yang disediakan oleh penyedia hosting antaranya Shared hosting , Dedicate server , VPN , Cloud hosting dan Hybrid hosting. Sekiranya korang baru nak mulakan perniagaan , aku sarankan untuk mengguna Shared hosting dahulu kerana dari segi harga dan komitmen.

Mencari hosting yang sesuai untuk kita gunakan adalah sangat sukar dan ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya : 

  1. Khidmat bantuan
  2. Kuota Bandwidth 
  3. Had Storage
  4. Server uptime
  5. Harga

Khidmat Bantuan sangat penting kerana sekiranya hosting bermasalah , maka korang boleh dapatkan bantuan daripada mereka untuk memeriksa error atau berkait dengan hosting korang. Khidmat bantuan yang lambat akan menyembabkan urusan website korang berada dalam keadaan yang tidak korang inginkan. Oleh itu ianya akan menyebabkan hubungan korang dan pelanggan bermasalah. Jadi pastikan korang mendapatkan penyedia hosting yang bagus dari segi khidmat bantuan.

Kuota bandwidth, kenapa korang perlu ambil tahu tentang kuota bandwidth ? Semakin ramai pelanggan melayari website korang, semakin tinggi penggunaan bandwidth korang.  Simple kan? Namun penggunaan bandwidth akan direset setiap bulan. Aku bagi contoh dengan mudah difahami.

1 gambar di dalam website korang bersaiz : 10KB

1 pelanggan lawati website korang : 10KB digunakan dan seterusnya.

Had storage adalah tetap dimana segala files atau gambar yang korang simpan akan berada di dalam Storage, Untuk lebih mudah difahami ianya sama seperti korangmenyimpan di dalam pendrive korang. Maka ini juga penting untuk korang ambil tahu sekiranya korang ingin menyimpan gambar yang bersaiz besar.

Server uptime, kebanyakkan penyedia hosting akan berkata “99.9% Uptime” , sebentar! jangan terpedaya dengan ayat mereka , aku sarankan bacalah review terlebih dahulu daripada web-web seperti advicehost atau hostjury, pastikan ianya sahih maka korang boleh meneruskan pembelian hosting.

Harga, pengguna yang bijak pastinya akan membandingkan harga. Oleh itu sekiranya ke 4-4 point diatas telah korang lepasi , maka inilah masanya korang membuat perbandingan harga untuk semua penyedia hosting. 

Sekiranya korang bertanya pendapat aku, setelah membuat ‘ujikaji’ dan sedang aku gunakan , korang boleh dapatkannya dengan click link dibawah untuk membuat pembelian hosting yang bagi aku cukup berpuas hati.

Suggest : hosting.melromeo.com

 

2 Comments

  1. yaacob Lei
    May 14, 2016 at 7:42 am · Reply

    bagus ni,, trima kasih..

    • melz
      May 14, 2016 at 7:55 am · Reply

      Sama-sama 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *