May 13
invoicely

Invoice secara Online

Assalamualaikum ,

Hari ini saya ingin bercerita tentang invoice. Apakah itu invoice ?

Invoice adalah senarai produk atau perkhidmatan servis untuk pelanggan dan ianya termasuk harga kos. Saya ingin bercerita sebab saya juga pernah membuat kesilapan maka ianya adalah salah satu pengalaman untuk saya kongsikan. Semasa saya bertatih membuat perkhidmatan website, saya tidak membuat invoice dan saya anggap biasa-biasa sahaja.

Oleh kerana itu, saya tidak tahu target untuk setiap bulan/tahun untuk pencapaian yang saya dah dapat. Saya tahu ramai antara peniaga tidak ambil kesah tentang hal ini kerana saya juga pernah alaminya sebelum ini.  Saya telah di ajar oleh rakan saya ( Rinasalleh)  untuk membuat invoice agar kita nampak lebih professional dan terurus dalam perniagaan.

Saya mencari di internet bagaimana membuat invoice dengan mudah dan cepat oleh itu saya terjumpa Invoice* dan sehingga kini saya masih menggunakannya. Invoicely ini kiranya platform yang mudah digunakan.

Ambil masa untuk faham fungsi setiap button dalam invoicely dan sekiranya ada masalah, comment di bawah dan saya akan cuba tolong apa yang saya mampu.

Website : Invoicely 

Terima kasih 

Melz

 

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *