10 Tips : Macam Mana Nak Menulis Entry Blog ?

Salam readers,

Dalam entry ini aku ingat aku nak share sikit pasal style reader2 orang malaysia. Tak kesahlah reader yang macam mana sekalipun , even aku pun lebih kurang samalah. Mungkin ada antara korang nakkan satu penulisan yang stylo dan kemas tapi macam mana ? Ahaaa , Dibawah aku bagi sikit pandangan atau aku rasa ada baiknya aku jadikan sebagai tips untuk korang gunakan!

10 Tips Menulis Blog

  • Ada mukadimah atau takda itu semua terpulang kepada individu tetapi selalunya mukadimah dah abeskan 1 perenggan yang mungkin boleh Attract pembaca untuk terus membaca kan?

Contoh : Salam kepada pembaca aku ! Hari ini hari yang indah untuk aku menulis satu entry tentang ……….

  • Pastikan saiz gambar korang adalah sama sentiasa kerana dari situ gambar-gambar korang akan nampak tersusun dari 1 gambar ke satu gambar. Bagi aku gambar yang besar gedabak mungkin dapat merembat mata pembaca untuk terus membaca pada perenggan dibawah. betul atau tidak ? heh

Contoh : Untuk Entry ini aku gunakan Default Size width “600px”

credit : abinesh.com

  • Persoalan perlu ada untuk mempersoalkan samada pembaca korang faham atau tak apa yang telah korang bahaskan dalam 1 entry tuh , ataupun korang pun boleh mengemukakan soalan kepada kawan-kawan blog supaya dorang memberikan pandangan atau pendapat tentang penulisan yang telah korang buat. {Come on jadikan medan blog untuk berkomunikasi jugak} hee

Contoh : Ada antara korang nak tambah lagi dalam list tips ini ?

  • Straight to the point paling penting kepada yang betul-betul ingin menyampaikan suatu perkara sebagai Contoh Siapakah Khairul Fahmi Che Mat , dan korang perlu detailskan siapa dia didalam suatu entry itu berdasarkan tajuk yang korang berikan. Penggunaan SEO pun kurang jika penulisan korang tak kena pada Tajuk jugak.
  • Tajuk Yang mantap Mungkin akan memberikan kesan yang hebat kepada pembaca untuk membaca entry korang. kan?

contoh : 10 Blog Malaysia Terbaik 2010 , mesti ada antara korang akan terus click aite ?

  • Perenggankan penulisan korang supaya pembaca korang mudah untuk membaca  dan pastikan tanda {koma , noktah } di akhir nafas pembaca. {pastikan korang membaca entry korang sebelum publish ke khalayak ramai}
  • Boldkan ayat-ayat yang penting supaya dari situ korang dapat ‘show’kan point-point penting dalam entry korang kepada pembaca.

Contoh : Dalam entry ini aku nak bagitahu macam mana nak menulis entry blog

  • Justifykan entry korang supaya takda melebeh-lebeh atau tak tersusun , dari situ kita akan dapat kekemasan dalam penulisan.
  • Besarkan Tajuk-tajuk kecil iaitu ‘heading’ sila google kalau tak tau hehe. kerana dari situ pembaca akan tahu macam mana flow korang untuk sesuatu entry.

Contoh : Tips Penting

  • Walau korang nak try bahasa pasar sekalipun , pastikan penulisan korang kena full {sebagai contoh aq , sy kepada Aku , saya} .

Alright guys aku rasa setakat tu yang mampu aku fikirkan , mungkin ada lagi tetapi tak terfikir dek akal pabila time-time camni haha , papepon aku harap antara 1 point yang aku bagi ni dapat korang gunakan untuk improve penulisan korang kelak ~ Papepon aku nie takdalah hebat mana dalam dunia blogging , tapi aku just suka share apa yang aku rasa aku patut share untuk orang lain.

Sekiranya korang ada benda nak tambah , mungkin aku akan update untuk korang :)

Like entry ini kalau suka ~ Salam Melz ~

PakatanBlogger | Web Komuniti Tutorial Malaysia

Salam Readers


Alright , saya rasa sudah masanya untuk saya beritahu tentang web yang baru sahaja saya buat untuk anda semua! Pertamanya , web ini dicipta oleh blogger untuk semua blogger serta lapisan masyarakat. Web ini dibina menggunakan platform wordpress dan dihostingkan dibawah naungan Onebytes.com.my.

Jenis-jenis Tutorial

Web ini memberikan anda Tutorial , Tips , Cara membuat , DIY , dalam bahasa melayu dan mungkin web ini juga akan memberikan anda sedikit sebanyak pengetahuan tentang Photography , Photoshop , Kecantikan , Masakan , Editting Blog , Blogging dan macam-macam lagi.

Sekiranya anda berminat untuk memberikan sumbangan artikel tentang tutorial , anda perlulah register dan menjadi salah seorang Author untuk web itu! Harus diigatkan bahawa semua orang boleh memberikan sumbangan.

Sekiranya anda pernah membuat tutorial di blog anda sendiri , tak mengapa anda boleh juga menyumbangkan tutorial itu walaupun ia pernah ditulis diblog anda sendiri kerana Disitu adalah web Komuniti Tutorial yang memberikan Tutorial.

Kelebihan Menyumbangkan Tutorial

1. Anda mendapat Backlink sebanyak 100%

2. Muka anda akan terpapar sekiranya post itu adalah post anda!

3. Post yang lebih dari 10 Post akan mendapat link back di bahagian Sidebar!

4. Boleh mencuba menggunakan platform WordPress dan dapat bersama-sama admin dan Editor serta author lain untuk berbincang sesuatu yang baru tentang bloggging.

Saya Harapkan Dari Anda

Alright , apa yang saya harapkan adalah sokongan dari anda semua supaya web komuniti tentang pembelajaran ini dapat memberikan yang terbaik untuk anda semua gunakan pada masa akan datang. Dan saya juga harapkan agar anda dapat memberikan tutorial.

Sekian dari saya,

Melz

Link : PakatanBlogger

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...