Tips | Buat Logo Sendiri Untuk Blog!

Salam Readers!

Logo MelRomeo. Keh keh keh

Dalam entry kali ini , aku ingat nak kongsi serba sedikit tentang Logo. Mana-mana benda yang di’brandkan’ pasti ada logo. Tak kesahlah logo dari segi  Font , gambar , dan trademark. Contoh terdekat ialah Facebook , Twitter , blogspot , dan lain2. Dorang brandkan website dorang dengan 1 logo yang unik untuk memudahkan orang lain untuk ingat dan share kan ?

Maksud share kat sini , kalau korang pergi mana-mana website atau kat booth menjual pakaian , shawl , dan sebagainya. Pasti ada logo , dan sebagainya kan ? So kalau korang ada logo korang sendiri , bukankah best kalau letak logo korang kat situ jugak dan link ke blog korang.

So dalam entry kali ni , aku rasa kalau korang diluar sana yang ingin ‘membuka’ mata sesetengah manusia, bukankah nampak lebih cool dengan logo korang sendiri? Daripada logo itu jugak korang boleh gunakan sebagai watermark pada gambar-gambar dan Favicon.

Kan aku dah pernah cakap ? Buat identity korang sendiri supaya orang boleh tercengang melihat kelainan yang kau buat. Daripada identity itu jugak , mungkin korang akan dapat 1 kelainan dan semangat! Kan kan kan?

[p/s : Oh ya , aku ada buat 1 community baru kat facebook , kalau berminat bolehlah Click pada logo kat bawah nie keh kehkeh. Tapi baca Rules ok? ]

Blogger | Sila Kukuhkan Platform Blog Sebelum Letak Nuffnang

Salam Readers

Malam ni aku ingat nak share something pasal Blog. Blogger dalam Malaysia ini makin lama makin banyak , dan bila makin banyak so makin meriah. Bila makin meriah makin banyak cerita-cerita sensasi. Setiap orang pasti ada keunikan yang ingin disampaikan. Kan ?

Entry ini hanya aku nak bagi pendapat , tetapi kalau korang rasa tak ok. Takyah ikut pun takpe :) Chill yoh…So dalam entry kali ini aku terfikir untuk memberikan sedikit point dimana, ramai antara blogger-blogger baru mungkin terlalu obses dengan syarikat-syarikat periklanan . Kita ambil contoh Nuffnang sahaja lah kerana Nuffnang adalah syarikat advertising paling ‘laku’ di Malaysia.

Korang blogger baru ? Kenapa terlalu obses dengan Iklan di blog korang sedangkan tiada sapa yang masuk ke blog korang ? Cuba bayangkan script yang agak berat itu korang letakkan di blog  seperti takda faedah yang korang dapat. Bukankah disitu aku katakan membazir ruang dan masa loading blog korang ?

Tidakkah korang rasa membazir ? Buat blog tetapi 0.25 – 0.75sen sahaja di dalam blog? Lepas tuh stress sebab duit tak naik and then korang sendiri yang akan malas dan berasa nak tutup jer blog tuh kan ?

So apa yang ingin aku sampaikan ialah korang iaitu blogger baru cuba kukuhkan platform blog korang dan cuba market sedikit blog korang ke persada blogger. Ini kerana setelah blog korang dikenali ramai , maka barulah korang letakkan iklan itu.

Seriously aku just nak bagi pendapat dan pandangan aku sebab aku start blogging dulu time 2004 pun memang free ads. takda apa yang aku dapat daripada blog tetapi ‘FUN’ . Happy Blogging guys ;)

Sila Share Jika Entry ini Berguna ^^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...