Gua , Blog Dan Blogger

Salam Readers

Dalam entry ini , gua just nak share pengalaman pasal Gua dalam Blog  yang mungkin susah untuk gua lenyapkan. Gua seorang blogger yang tidak cemerlang dari segi Bahasa Melayu. Yeah gua fahami sedalam-dalamnya tentang perkara ini.

Dulu-dulu masa gua budak-budak hingusan memang tak faham apa itu blog dan blogger. Serious gua cakap sama lu. Ini disebabkan minda gua yang sempit akibat daripada tak tau nak tulis apa dan mungkin ianya akan terjadi kembali sekiranya gua tidak mengasah bakat gua dalam bidang penulisan.

 

 

Start-start blog , blog gua putih suci murni dan gua ReUP balik blog kepada Hitam legam ibarat masak kicap kepala ikan. (ok bunyi macam sedap tapi gua tak makan ikan)..

Blog gua dulu kebanyakkan menulis tentang benda-benda remeh , perihal , novel ( jangan baca ) , motivasi , tips tips tentang blog dan sebagainya. Akhir sekali pasal gua. (haramjadah)

Walaupun gua baca penulisan gua sendiri dan gua dapat rasakan macam tunggang terbalik dari segi tatabahasa dan lenggok serta nada bunyinya. Namun begitu, ada juga yang sanggup membaca dan memahami apa yang ingin gua sampaikan. (gua terharu der + gua perasan lebeh der)

Kadang-kadang gua ambil masa untuk memahami ayat untuk 1 perenggan. (gua stress bila baca ) kah kah kah.. Lagi pedih gua duk fikir gambar apa yang nak dimasukkan dalam entry sebab gua sangat memerlukan gambar yang ada kena mengena dengan apa yang gua tulis , kalau dah gua nak fahamkan ayat gua yang berterabur + gua nak matchingkan dengan gambar. Walaweh sampai 2 – 3 jam jugak gua duduk menung bai.

Gua paling suka buat perenggan banyak-banyak sebab gua suka entry gua macam entry karangan budak sekolah menengah yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  . ( Contoh terdekat ialah entry ini panjang macam lebih dari 350 patah perkataan kan?)

Idea-idea gua sentiasa ada time gua tengah termenung tapi buntu ditengah jalan untuk menulis dan membuat sepatah ayat yang berbunga-bunga. (ohshit)

Gua jenis yang suka buat kelainan dalam penulisan gua , tak kiralah dari segi cara penaipan(ada ke dalam kamus ni?) , lenggok bahasa , kata ganti diri dan sebagainya. Dan seelok-seeloknya penulisan gua ni jangan digunakan dalam karangan SPM dan sebaliknya sebab kebanyakkan entry gua , gua taip senapas jer bai.

Gua suka menulis + menggunakan backspace dan ini membuatkan mood menulis gua tetiba merudum dan akhirnya gua malas menulis. Bila gua malas gua malas menaip lah …

Ok sekian saja dari gua , seorang blogger yang hampeh! Hahaha

 

Dulu Dan Sekarang

Salam Readers

Haha serious macam haram aku dah tengok blog ni , sunyi jer takda entry yang baru. Tapi aku tetap nak berterima kasih kat korang semua yang terus support blog ni walaupun takda entry baru. Aduiyai taktau lah apahal sekarang ni macam malas lebih dari rajin.

Kalau dulu punyalah rajin duduk observe macam-macam pasal blog , dari coding sampailah cara-cara yang betul dalam blogging ni. tapi oklah daripada observation tu jugak aku dapat pengalaman yang agak tak terbatas. haha

Kalau dulu punyalah rajin duduk blogwalking blog member-member .tapi sekarang hampeh . satu blog pun tak sempat aku nak usha .  Maafkan patik ya blogger-blogger sekalian. huhu

Kalau dulu , pantang ada idea secebis . laju jer tangan nak menaip tapi sekarang idea bersepah tapi nak type dan create ayat punyalah malas. Ntahlah sampai bila aku boleh bertukaq menjadi rajin mengupdate blog .

Kalau dulu , entry aku kalau korang baca tak berbuih . memang silap la sebab dulu punya tangan dan jari memang macam jejari runcing lah gamaknya .Entry panjang macam Resit perempuan pergi membeli belah jer.

Kalau dulu punyalah rajin nak buat gathering . sekarang ni kalau nak handle gathering yang big-big . punyalah cuak + macam gabra-gabra sikit. Ntahlah den pun tak tau pehal jadi camni . Mungkin kena dapat rentak balik la kot gamaknya.

Anyway kalau korang ada yang buat gathering tu , boleh la roger-roger aku ye . mana la tau kot-kot boleh datang ye tak ? haha.

Sekarang ni pun kalau korang baca entry aku yang ni , agak berterabur kan dari kosa kata dan sebagainya. So daripada entry ini aku boleh simpulkan dimana masa mampu mengubahnya hahaha… korang tengok kan ke merepek namanya ni! dush-dush.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...