Mission Imposible 4 Ghost Protocol

Salam Readers

Bercerita pasal movie ni memang best , nak-nak cerita action yang dilakonkan oleh brader tom cruise ni fuh memang meleleh beb tengok. Kalau tak silap aku , umur Tom cruise ni dah nak cecah 50 tahun tapi dia masih boleh beraksi bai dalam cerita Mission imposible ni. Selain daripada Tom Cruise , watak lain seperti Jeremy Renner and Paula Patton pun ado dalam citer ni.

Untuk entry ni aku just nak share dengan korang pasal cerita ni sebab aku baru jer tengok tadi. Agak best la jalan cerita dia dan aku rasa cerita ni ada sambungan iaitu mission imposible 5 kalau tom cruise ni larat lagi lah. ekeke

Anyway dalam cerita ni aku tengok secara overall agak bosan jugak lah , ni pandangan aku ok kalau pandangan aku dengan korang tak sama , relek la kan sebab masing-masing ada berbeza cara penghayatannya. Cuma aku rasa teruja time Tom cruise ni buat aksi panjat bangunan Burj Dubai iaitu bangunan yang paling tinggi kat dunia setakat ni keke. Time dia naik bangunan ni boleh plak sarung tangan dia habis battery fuh memang trajik jugak la aku tengok time tu.

Dan kalau korang perasan baper banyak kali daa Tom ni terantuk kepala dia , aku kira-kira ada la dalam 4 kali. fuh kalau aku yang terantuk kompem dah koma time tu kekeke. Tapi dia macam relek jer agak tak logic kat situ ok .haha

Cerita ni tak berapa banyak aksi sangat dan banyak membebel jer , dan bila ada slank british ni buat cerita ni jadi janggal oh shit! haha. Lepas tu yang makin tak logik bila awek yang dipanggil ‘assasin’ mati jatuh bangunan macam biasa-biasa jer ,oh kamon senangnyer mati :( lawa kot awek tu Miahaha.



ini trailer untuk cerita ini , kalau nak tengok yang panjang bukan kat sini ye ;P

Lagi apa eh nak cerita ? erm CGI agak kurang la bro TOM.. ape ni macam tak best jer ribut pasir tu :( haha. So itu jer la kot apa yang aku nampak logik dan tak logik dia belakang cerita tapi kalau korang nak tengok sepuas hati , gi la tonton kat wayang yang berdekatan.

Baper bintang nak bagi ? Erm dalam 3.9 / 5 ok kot .. hehe

2 Drama Melayu Awesome!

Salam Readers!

Haha dalam entry kali ini , aku nak share dengan korang 2 drama melayu yang awesome bagi aku. Ahaks! seriously 2 jalan cerita yang berbeza membuatkan aku terpacak kat depan tv bersama ma aku! yeeha.

Cerita pertama adalah Cinta Elysa . Wohha sebab apa aku suka tengok cerita ni ? sebabnya ada lakonan si botak juvana yang bernama Johan Asari. Itulah satu-satu sebab sebab cara dia belakon macam tak dibuat. hahaha

Selain daripada itu jugak aku suka cerita ini sebab lagu dari Spider – Kita satu! fuhh style abes memang kena dengan cerita ni bai! Miahaha.


**********************************

Cerita kedua pulak ialah cerita Tentang Dhia , At first cerita ini agak bosan dan macam takda apa-apa climaks tapi disebabkan cerita ini mempunyai plot2 yang akan datang dan  ianya sering mengeluarkan watak demi watak dan itu membuatkan aku rasa nak tengok sapa yang akan kuar lagi pasni ekeke.




Lagu untuk ost tentang dhia ni dinyanyikan oleh Adi Putra sendiri. fuhh style abes intro haha. Papepon korang tengok citer apa sekarang ? meh habaq mai kat aku .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...