Petua Hilangkan Tembel / Ketumbit Di mata !

Salam Readers!

Ahhhh tembel + Ketumbit kat mata adalah jarang sekali kena pada aku! Wohha. paling menyirap aku kalau dah start pedih-pedih dan nampak samar-samar jer pemandangan yang indah dihadapan!

Mengikut kata-kata orang tua , Kalau terkena mata tembel nie , kompem aku suka skodeng awek or awek skodeng aku? Eh… ok nie aku nak tanya , sejak bila pulak aku ngedap awek oii! Awek pun tade {eceh} miahaha.

Tekanan ini membuatkan aku dipandang serong oleh cik awek-awek yang melihat mata aku ada sebijik bola-bola kecil dimata. ahhh sumpah tipah tak tipu! Tipah tak ngendap bang! :(

Kalau diikutkan kepada kajian dalam Sains biologi. Kejadian Tembel atau ketumbit dimata disebabkan oleh kurangnya Vitamin E. Tapi aku tak tau la celah mana aku tak cukup vitamin E. Yelah den orang engineer mana tau benda doktor-doktor nie kah kah kah kah..

bukan mata gua! thanks to kkhnhh for great info :)

Setelah aku menelaah satu persatu website dalam google. Ada yang suruh aku Tuam dengan Air Panas. Ada jugak yang suruh aku cungkil jer tembel nie. Ada jugak yang suruh sapu dengan bawang putih. Ahh mana satu nie ? Banyak gila method yang boleh dibuat dengan tembel/ketumbit nie eh ? ahaha

So korang ada apa-apa style lagi yang boleh dibuat untuk menghilangkan tembel kat mata ? mana tau sok lusa korang kena plak kah kah kah..

*gua tetibe cuak bila gua terbaca pasal ‘cancer’ ah jangan ah bikin gua dupdap dengan perkataan cancer der! please

Petua Menyahkan Pencemaran Udara & Makanan Dengan Biji Anggur

Salam Dari Ummi

Bila Ummi sebut buah anggur mesti semua orang dah kenalkan?, Kita tahu yang buah memang mudah didapati dipasar2 raya mahupun kat pasar malam. Rasanya memang enak terutama anggur yang tidak mempunyai biji, Ummi memang suka dapatkan buah anggur yang takda biji ni sebab memudahkan ummi untuk menelannya walaupun bijinya bagus untuk dimakan. Bagus? Kenape? Ok teruskan baca hehe.

Berselera pula ummi tengok anggur ni kan hehe

Setahu Ummi buah anggur hanya boleh didapati dalam berbagai warna dan sebagai contonya  hijau, ungu, merah muda dan merah tua dan yang berwarna kehitam2an pun ada juga. Tak taulah kalau ada warna selain daripada yang ummi listkan itu. Kalau ada sila sertakan di ruangan comment ya. Sambil kita mengenal lebih dalam tentang anggur , sambil kita mengetahui ciri-ciri anggur yang mungkin tak pernah kita temui sebelum ini.

Ummi syorkan makan lah anggur yang mempunyai biji dan bila memakannya makan sekali biji2nya kerana menurut pakar2 pemakanan biji anggur boleh dijadikan sebagai pelindung semua kecederaan dalam tisu dan sel tubuh disebabkan pencemaran bahan makanan yang kita ambil berpunca dari udara, asap rokok, racun serangga  dan air yang tercemar. Kita kadang-kadang keluar rumah lepas tuh memang kita akan sentiasa dicemari ngan keadaan persekitaran so ada baiknya kita mencuba petua ini kan? Mencuba untuk kebaikan.

Ummi harap perkongsian ini dapat digunakan bersama.

Sekian dari Ummi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...