Masa untuk Dihenjutkan.

Salam reader,


Motif aku letak gambar ni ? aku pun taktau wakaka.

wekwekwek .. Semakin nak abes belajor ni semakin busy la diri ini , dan ini boleh dikaitkan dengan hipotesis untuk sains darjah 5 yang cam haram.. wohha itu ini kena buat dan itu ini kena dipikirkan . oh hidup-hidup memang susah nak senang dan senang nak susah.. Walaupun diri ini busy dengan kerja yang sepatutnya aku buat sekarang tertangguh akibat buntu dan aku ada pulak masa nak menghupdate blog yang cam haram lama aku tinggalkan ni wakaka..

Actually banyak lagi post yang nak aku postkan tapi akibat daripada malas dan lazy membuatkan semuanya tertangguh.. So aku pun dah lupa apa yang aku nak post . so lupakan jer la k? ermm . Ok la malas tu tetibe jer datang balik… nak wat kerja k bai..

salam..

Aku Blogger dan Entry!

Salam readers

(entry ini sepatutnya dipublish pagi²) hehe…

Dipagi buta ini, mata gua masih tidak mahu lelap dek kerana gua dah jadi batman. eh jap taknaklah batman nak keluang man . support malaysia beb hahaha. Ok berteman lagu dari Meet Uncle Hussein – Mula , gua cuba bukak blog gua balik dan gua semangat usha 1by1.. Ada yang gua tergelak sebab gua tak sangka yang gua tulis tu gila matang time dulu-dulu. kah kah kah

Gua semangat kot selak dari belakang ke belakang sampailah gua bukak terus melromeo.blogspot.com gua yang macam apa jer. Gua usha bahagian comment semua wohha best beb baca balik at least dari situ gua dapat balik apa yang gua sampaikan dan ianya takkan hilang. Bagus tak blog ni? haha

Gua terhenti seketika di bahagian PETUA dimana gua pernah invite mak gua tulis tentang petua . Mama , tulisan mama awesomelah ! senang faham bai , gua akan cuba approach ma gua lagi untuk tulis petua dalam blog gua . gua cuba! :P

 

Next , Gua usha tutorial gua kat pakatanblogger pulak , ramai yang bagi tips dan tutorial yang sangat berguna. Namun begitu , hati kecil ini berkata sendirian “adakah mampu lagi untuk aku teruskan pakatanblogger?” Erm ntahlah…..

Papepon dalam entry ini takdalah meaning sangat tapi gua just nak bagi tau bahawa “ Ilmu tu takyah nak kedekut sangat , kalau boleh share jer sebab kalau sok lusa lu ilang ingatan , acane lu nak recall balik ilmu yang lu dah dapat sorang-sorang tu? ” At least benda itu memang sahih dan membantu antara 1 sama lain lah.

Internet ini semua pun boleh dapat dari segi pembelajaran so gunakanlah sebaik mungkin. Bagi gua blog adalah medium yang paling best untuk korang sharing something yang sangat awesome kepada khalayak ramai! OK?

Sekian melz

 

image : blogs.istek.org.tr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...