Salam Readers
Dalam entry ini , gua just nak share pengalaman pasal Gua dalam Blog yang mungkin susah untuk gua lenyapkan. Gua seorang blogger yang tidak cemerlang dari segi Bahasa Melayu. Yeah gua fahami sedalam-dalamnya tentang perkara ini.
Dulu-dulu masa gua budak-budak hingusan memang tak faham apa itu blog dan blogger. Serious gua cakap sama lu. Ini disebabkan minda gua yang sempit akibat daripada tak tau nak tulis apa dan mungkin ianya akan terjadi kembali sekiranya gua tidak mengasah bakat gua dalam bidang penulisan.
Start-start blog , blog gua putih suci murni dan gua ReUP balik blog kepada Hitam legam ibarat masak kicap kepala ikan. (ok bunyi macam sedap tapi gua tak makan ikan)..
Blog gua dulu kebanyakkan menulis tentang benda-benda remeh , perihal , novel ( jangan baca ) , motivasi , tips tips tentang blog dan sebagainya. Akhir sekali pasal gua. (haramjadah)
Walaupun gua baca penulisan gua sendiri dan gua dapat rasakan macam tunggang terbalik dari segi tatabahasa dan lenggok serta nada bunyinya. Namun begitu, ada juga yang sanggup membaca dan memahami apa yang ingin gua sampaikan. (gua terharu der + gua perasan lebeh der)
Kadang-kadang gua ambil masa untuk memahami ayat untuk 1 perenggan. (gua stress bila baca ) kah kah kah.. Lagi pedih gua duk fikir gambar apa yang nak dimasukkan dalam entry sebab gua sangat memerlukan gambar yang ada kena mengena dengan apa yang gua tulis , kalau dah gua nak fahamkan ayat gua yang berterabur + gua nak matchingkan dengan gambar. Walaweh sampai 2 – 3 jam jugak gua duduk menung bai.
Gua paling suka buat perenggan banyak-banyak sebab gua suka entry gua macam entry karangan budak sekolah menengah yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . ( Contoh terdekat ialah entry ini panjang macam lebih dari 350 patah perkataan kan?)
Idea-idea gua sentiasa ada time gua tengah termenung tapi buntu ditengah jalan untuk menulis dan membuat sepatah ayat yang berbunga-bunga. (ohshit)
Gua jenis yang suka buat kelainan dalam penulisan gua , tak kiralah dari segi cara penaipan(ada ke dalam kamus ni?) , lenggok bahasa , kata ganti diri dan sebagainya. Dan seelok-seeloknya penulisan gua ni jangan digunakan dalam karangan SPM dan sebaliknya sebab kebanyakkan entry gua , gua taip senapas jer bai.
Gua suka menulis + menggunakan backspace dan ini membuatkan mood menulis gua tetiba merudum dan akhirnya gua malas menulis. Bila gua malas gua malas menaip lah …
Ok sekian saja dari gua , seorang blogger yang hampeh! Hahaha

saya baca sampai habis. ok je.. pengakuan luhur ni..
*bukan 360 perkataan ke bro??
[Reply]
Melz Reply:
August 20th, 2011 at 3:58 am
omg thanks sebab baca sampai abes hehe..
360 perkataan ? konpius
[Reply]
biasalah tu dalam berblogging ada pasang surutnya. hehehe…
[Reply]
yup..me too, suka je baca blog awak..ok jer..rasanya lelaki lebih kreatif untuk menulis walaupun bahasa tunggang langgang ke apa ke..tapi suka je baca sebab sempoi..
[Reply]
lu jangan risau..takde cikgu zakiah nak cek karangan lu..
gua suka style lu..senang paham..tapi wa jamin dak-dak sekolah tak copy punya karang lu ni..hahaha
[Reply]
aku macam yang kau kenal dulu hahaha
[Reply]
nak jadi blogger ni sama ada pandai menulis..atau pandai marketing.
[Reply]
ishh. sy dulu teruk gila penulisan. gila gedik. hahaha..
tapi sekrang dah oke la sikit. =P
[Reply]