Penulisan Itu Bermula Dari Pengalaman

Setiap penulisan itu wujudnya dari pengalaman individu . Kenapa aku bicarakan tentang pengalaman ? Kerana setiap perkara yang kita buat itu adalah pengalaman hidup walaupun seseorang itu plagiat entry orang dan daripada situ dia telah mempelajari suatu perkara iaitu Plagiat ! Walaupun perkara ini sememangnya boleh mengundang individu itu ke lembah yang malang , tetapi dari situ juga dia dapat belajar suatu pengajaran yang boleh diambil untuk menambah baik kesilapan sekiranya dia masih baru dalam dunia penulisan .

Isu² yang berkaitan dengan cara manusia menyampaikan adalah dengan berfikir samada berani atau tidak . Itu adalah perkara utama sebelum kita menulis suatu perkara , walaupun dalam hati terdapat banyak ilmu yang ingin diluahkan tetapi terbantut akibat perasaan takut dalam diri . Ingat tak semua orang suka terhadap apa yang kita tulis dan tak semua orang tak suka terhadap apa yang kita luahkan .

Bagi aku , penulisan terukir apabila ia tercipta dari benak pemikiran yang berbeza atau kita boleh definasikannya sebagai sebuah nukilan dan daripada itu penulisan itu timbul dengan rasa ghairahnya terhadap sesuatu perkara . Dalam masa yang sama , penulis itu akan berasa ingin meluahkan dan sekiranya penulis itu benar² ingin berkongsi , janganlah dalam masa yang sama suka memikirkan perkara negatif yang bakal korang lalui . Just be yourself . Beranikan diri kerana benar , beranikan diri kerana ingin menyuarakan pendapat ! itu tak salah .

Setiap kali kita menulis , setiap pemikiran akan bertanya dan akan menjawab dan daripada itu jugalah penulis itu akan dapat mematangkan dirinya serta mencari sesuatu yang baru untuk mempertahan atau memperjuangkan apa yang bakal dia sebarkan . Kritikan dan komen itu dijadikan teman untuk menambah perkara yang mampu mengubah perumpamaan dalam setiap perkara . Dan daripada kritikan dan komen itu jugalah ia akan dijadikan sebagai percanggahan idea . Jangan Takut !

Setiap penyampaian kita juga kemungkinan boleh menyebabkan salah faham , itu takkan lari dari etika penulisan . kerana intonasi kita bercakap adalah berbeza dengan intonasi kita menulis. gerak geri hati kita juga berbeza dan daripada itu tafsiran akan sentiasa berubah dari manusia ke manusia ! Sebagai contoh , korang menulis suatu entry berkisarkan kesedihan tetapi cara korang menulis bukan berada dalam kesedihan dan daripada itu penulisan itu akan seperti bersahaja dan tiada emosi yang mendalam terhadap penulisan itu .

Kesimpulannya , setiap perkara yang kita lakukan adalah pengalaman hidup dan daripada pengalaman hidup itu kita olahkannya menjadi suatu penulisan yang sangat berkesan . Aku menulis kerana aku berfikir yang penulisan kita harus dibaiki dari masa ke semasa .

Ahaks Aku Menulis sekadar berkongsi !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge